top of page

MENGENAI KAMI

Semangat Outpost

Perniagaan utama kami merangkumi pengilangan dan peruncitan pakaian seragam badan beruniform sekolah dan juga peralatan perkhemahan yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti sekolah.


Dasar Kementerian Pendidikan termasuk penyertaan wajib pelajar sekolah kebangsaan dalam badan beruniform sekolah, di mana markah penyertaan menyumbangkan 10% daripada keseluruhan markah untuk kemasukan ke institut-institut pengajian tinggi tempatan, asrama penuh dan biasiswa menjanakan permintaan berterusan bagi pakaian seragam daripada lebih daripada 4.5 juta pelajar sekolah kebangsaan di seluruh negara.

Pengalaman
Outpost

OUTPOST peka kepada gaya hidup sibuk dan harapan moden ibu bapa zaman ini, dan telah mencipta pengalaman runcit yang menyediakan penyelesaian yang memudahkan, yang menekankan kepada:

  • Kemudahan akses lokasi

  • Waktu operasi yang memudahkan

  • Suasana selesa

  • Kakitangan yang berpengetahuan

  • Urusniaga pantas

  • Rangkaian stok yang lengkap

Bersama dengan Modul Perhubungan Pelanggan (CRM) kami, ejen OUTPOST akan menerima penjimatan dan tawaran yang hebat melalui pelbagai kempen-kempen promosi kami.

Anugerah & Persijilan

OUTPOST adalah satu-satunya pembekal pakaian seragam di mana pakaian seragam kokurikulum diiktiraf secara rasmi oleh badan-badan berikut:

● Kementerian Pelajaran Malaysia

● Polis DiRaja Malaysia 

● St. John Ambulans Malaysia 

● Persekutuan Pengakap Malaysia 

● Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 

● Jabatan Penjara Malaysia 

Para pelajar yang membeli pakaian seragam kami akan memperolehi peluang terbaik untuk memenangi pertandingan, serta dipakai dengan bangga.

OUTPOST menerima anugerah berterusan dari Kementerian Pelajaran di peringkat negeri dan daerah atas sumbangan dan usaha untuk memupuk minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum. 

Barangan yang Ditawarkan

OUTPOST telah mempelbagaikan produknya untuk memastikan supaya prestasi penjualannya tidak bergantung sepenuhnya kepada permintaan bermusim untuk pakaian seragam kokurikulum sekolah, selalunya dari bulan Januari hingga Mei; oleh itu, kami menawarkan produk-produk lain berjenama sendiri yang terdiri daripada:

Pakaian Seragam Sekolah

Pakaian seragam sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, di mana kami menyediakan segala saiz (sehingga 5XL) supaya tiada pelajar yang ketinggalan. Kualiti dan rekaan pakaian kami telah menjadi kegemaran ibu bapa, dan kami dipamerkan di pusat-pusat membeli belah AEON dan SOGO semasa kempen Kembali Ke Sekolah setiap tahun pada bulan Disember

Peralatan Perkhemahan

Peralatan perkhemahan di bawah jenama sendiri Deer Creek, yang memenuhi keperluan sekolah untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum. Kami juga menjual kepada pasaran perkhemahan luar yang terdiri daripada orang yang baru bermula berkhemah dan keluarga-keluarga, dengan menawarkan harga berpatutan untuk lebih daripada 300 produk. Barangan Deer Creek dipamerkan di AEON, Tesco, dan AEON Big sepanjang tahun, kerana permintaan bagi barangan-barangan ini tidak mengikut musim

Flyers Regiment Pertama Complex.jpg
Pakaian Seragam Pasukan Keselamatan
Negara

Pakaian-pakaian seragam dan aksesori untuk ahli-ahli dewasa Pasukan-Pasukan Keselamatan Negara termasuk Polis DiRaja Malaysia, RELA, Tentera Darat Malaysia, dan Jabatan Penjara Malaysia di mana kesemua cawangan kami dibenarkan untuk menjual kepada mereka. Ahli-ahli pasukan
keselamatan perlu menggantikan pakaian-pakaian seragam dan aksesori-aksesori mereka disebabkan
kelusuhan dan kerosakan ataupun disebabkan kehilangan. Mereka juga dianugerahkan sepasang
pakaian seragam secara percuma untuk satu kali apabila tamat pengajian daripada akademi-akademi masing-masing.

Awards & Certifications
Product Offerings

Tarikan Utama Kami

  • Kami menyediakan subsidi ke atas kos pengiklanan dan promosi tempatan yang ditanggung oleh cawangan francais (bersamaan 2% daripada jualan kasar)

  • Francaisi boleh menambah ganti stok untuk melalui laman web dalam talian yang selamat dari mana-mana dan pada bila-bila masa, dengan maklumat masa terkini (termasuk pilihan pesanan automatik)

  • Kami menyediakan laman web untuk maklumat dalam talian, termasuk carian kata kunci untuk rujukan cepat dan mudah bagi kakitangan cawangan.

  • Kami menawarkan terma konsainan untuk barangan terpilih untuk memberi kepastian kepada para francaisi untuk memasarkan produk-produk tersebut

Our Star Attractions

Kos Permulaan Perniagaan

Modal permulaan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan cawangan OUTPOST bermula dari

RM 230,000 dan merangkumi yang berikut: -

9.png
5.png
8.png
1.png
4.png
3.png
2.png
6.png
7.png

Kemudahan pembiayaan kewangan untuk usahawan

bumiputera boleh dimohon dari:

edit website-10.png

Saiz Lokasi & Outlet

Cawangan OUTPOST boleh dibuka di kompleks membeli-belah yang terletak di semua bandar di seluruh negara. Kami akan memberikan penilaian kami tentang lokasi pilihan anda, untuk menentukan kesesuaian pembukaan cawangan OUTPOST.

Syarat - syarat Francais Outpost

  • Yuran francais sebanyak RM25,000 untuk tempoh lima (5) tahun

  • Royalti francais sebanyak 5% sebulan

Franchisee Meeting.jpeg

Kenapa Memilih Outpost

02

01

 Rekod prestasi mantap sebagai Pemberi Francais sejak 2004, merangkumi lebih daripada 18 cawangan francais

Struktur sokongan yang teratur dari jabatan-jabatan seperti Bahagian Operasi, Pemasaran, Sistem Teknologi Maklumat, dan Pembelian 

03

Akses kepada rangkaian sokongan francais OUTPOST lain, melalui kumpulan Whatsapp Chat dan Bengkel Francais Tahunan

Why Choose Outpost
bottom of page